Wednesday, July 1, 2015

KARIPAP DI BULAN RAMADAN

"Ramadan tiba ramadan tiba marhaban ya ramadan marhaban yang ramadan....."

Sapa tahu lagu ni? Antara lagu Ramadan yang aku minat sebab genre lagu ni menunjukkan yang kita HAPPY sangat nak masuk bulan Ramadan. Hari ni 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan. Wah dah nak masuk separuh Ramadan dah. So reader reader sekalian(kalau ada lah) berapa dah posa? Posa jangan tak posa. Memandangkan tahun ni dah masuk tahun kedua aku berpuasa di perantauan so aku nak cerita betapa aku merindui Malaysia.Selain dari aku rindu sangat kat family aku aku juga merindui makanan kat Malaysia or more spesifik kat Tawau.(kepimpinan megara Malaysia je aku tak rindu) Sedapppppp ooooo.Korang kalau bulan Ramadan suka makan apa? Aku antara menu wajib adalah mee goreng mak aku,karipap,keropok lekor dan air buahhhhh. Subhanallah Alhamdulillah sedapnyaaaaa. Tapi kat sini memang mimpilah kalau nak makan semua tu. Kalau ada orang jual pun rasa macam tak berbaloi. MAHALLLL. Tapi aku tak salah kan dorang. Yelah logik la dorang jual mahal sebab dorang bukan saja jual tenaga tapi dorang jual juga masa study dorang.(bukan sebab GST tau) Kalau masa ni tak da apa yang  boleh beli tau. Mahal mengalahkan emas. Bukti dia kalau emas kita kalau nak boleh je dengan mudah-mudah g kedai emas beli satu asalkan ada duit. Tapi kalau masa ko bagilah berapa pun duit, korang pergilah ke pelosok dunia mana sekali pun tak de orang jual masa tau. Kalau ada bagi tau sikit. Aku nak beli.

Ok ok stop membebel. Actually aku nak kongsi sikit jenis-jenis kuih yang aku belajar buat sempena Ramadan ni.. Yelah aku ni kalau ikutkan malas gila nak masak tapi nak makan sedap-sedap dan murah. So nak tak nak kena jugalah kerah tenaga untuk masuk ke dapur untuk mencuba resepi-resepi daripada cik google. Resepi pertama adalah KARIPAP FROZEN.Kenapa aku suka frozen sebab aku sangat suka makan karipap. Kalau boleh  nak makan hari-hari tapi tak larat nak buat setiap hari. Penat kot buat karipap ni. Especially part nak wat doh da tu. Tu tak kira lagi part nak roll kan dia Penatttttttt. Lenguh tangan ku yang ketiadaan muscle ni. So jum aku kongsi sikit cara nak buat ikut apa yang aku tahu.

bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan air sejuk
-3 sudu makan mentega dicairkan
-sedikit garam
-setengah senduk nasi tepung beras *yang ni optional tau kalau tak nak pun tak pe, aku suka letak coz nak bagi dia keras sikit.rangup gituuuuu*

Untuk inti ikut koranglah nak buat apa. Kalau aku aku suka inti kentang masak kari. Selain dari sedap dan pedas,(kalau aku masak jarang tak pedas.kesian budak rumah aku) kalau inti kentang  ni senang sikit na kelim karipap tu sebab dia kering.

cara membuat:
-gaul tepung gandum dengan secubit garam
-lubangkan bahagian tengah dan tuangkan marjerin yang telah dicairkan
-gaul dan uli sehingga rata menggunakan tangan(kat sinilah melatih tangan untuk jadi sado)
-tuangkan air sejuk sikit demi sedikit sambil terus menguli sehinnga doh tidak meletak pada tangan.
-kemudian roll kan doh tadi dan tekap supaya jadi bulat dan masukkan lah inti.
-goreng menggunakan minyak kecil

kalau nak frozen:
-susun  karipap tadi berpisah-pisah bagi mengelakkan mereka melekat antara satu sama lain
-masukkan dalam frezer dalam 5 ke 6 jam.
-kemudian baru boleh di letakkan dalam  satu bekas. Masa ni nak letak karipap tu bersentuh antara satu sama lain pun tak pe sebab bila dia dah beku dia tak melekat dah
-bila nak goreng, defroze dia dalam 15 miit macam tu. Masa defroze tu pastikan asingkan dia satu-satu sebab kalau tak nanti dia akan melekat dan bentuk dia akan rosak masa nak goreng tu.

SO SIAPPPPP

-tips nak elak klim tu terbuka sapu tempat kelim dengan air masa(air masak tau bukan air paip) dan lagi better kelim sendiri guna tangan dari guna acuan(ye faham je masa first time buat tu memang buruk. Aku tak nafikan sebab aku punya memang buruk giler. Tapi kalau selalu buat mesti ada improvement.Percayalahhhhhh-Wah ala-ala lagu Dato' Siti  Nurhaliza gtu)

-tips nak goreng jadi rangup plak

  1. guna minyak yang banyak
  2. guna api yang kecil
  3. rajin balik-balikkan karipap (part ni memag leceh tapi pilihan di tangan anda. malas =karipap tak sedap.rajin=karipap sedap)
Itulah serba sedikit. Actually aku tak share apa-apa pun. Ni pun aku search kat google. Aku dulu sangat tak suka dan tak reti nak buat kuih-kuih ni sampailah ke tahun ni aku kempunan sangat.Yelah dah nak dekat 2 tahun aku tak jejak Malaysia. Rindu oooo.So nak tak nak kena lah juga buat kalau nak.Oklah ada je lagi resepi yang aku nak share tapi nanti-nantilah. Nak buka buku jap. Isnin minggu depan exam Surgery.Doakan lah ye. Aku  ni selalu kata nak jadi surgeon ortho tapi study macam  tak nak jadi doktor. Jangan kan nak jadi surgeon nak jadi general practitioner pun tak da dalam diri aku ni. Aduhhhhhh. Ada masa nak ngadu pasal nilah plak. Best apa mengadu kat blog. Ikut suka aku nak tulis apa. Next time nak tulis la kenapa aku suka blogging (walaupun 2 3 bulan sekali je aku update. poyo je kata suka blogging.) Masa up date  ni macam -macam idea datang nanti bila nak tulis blur terus. Aarrrggghhhh

Oklah(dah 2 kali oklah. Bila nak stop ni?) Selamat meyambut bulan Ramadan semua. Tak kisahlah anda muslim ke tidak sebab bagi aku kalau korang non muslim pun kalau bulan Ramadan kat Malaysia korang pun terasa kan?Tipulah kalau tak sebab masa kat bazar aku tengok korang pun  tak kurang hebat beli makanan.Hehehhe tak pe kita hidup sama-sama, hormat menghormati dan  berkongsi tu kan best.Macam kami jugalah bila tiba tahun baru cina kita orang pun sibuk g beli limau hahahah. Sedapnya limau mandarin.

Salam terakhir. Salam Ramadan. Banyakkan ibadah k.Kurangkan makan dan tido. Biar lepas ramadan semua slim-slim belaka. Badan slim tapi jiwa kena gemuk dengan ibdah k. Selamat menjalani sesi persekolah di madarasah Ramadan.


Ramdan Kareem.

                                          
Lagu yang aku maksudkan kat atas tu

Thursday, February 5, 2015

WINTER BREAK 2014

Kawan: Yam tak balik Malaysia ke?
Aku : Takkkk
Kawan:Jalan g mana-mana tak?
Aku :Tak
Kawan: Uish pencinta Mansurah tegar ko ni. Apasal tak balik Malaysia? Dah lama kot ko tak balik.
Aku : *hanya mampu tersenyum* May be aku tido je kot. Qada tido masa study week fifth year hari tu.



Tulah dialog aku paling famous before start winter break hari tu. Rasa setiap kali aku jumpa orang akan tanya soalan yang sama. Tak tahu nak jawab macam mana. Last-last jawapan yang boleh tutup mulut semua orang AKU TAK DA BAJET. Tapi entahlah ada juga yang tak percaya. Buat apalah aku nak  tipu.Tak de guna. Bukannya kalau aku tipu aku dapat bajet lebih. Actually aku boleh je nak balik Malaysia tapi bagi aku RM 2000 lebih untuk cuti just for 2 weeks memang sangat sangat mahal bagi aku.

Oklah tak kisahlah. Dah berlalu pun dengan jayanya cuti tu. Esok dah nak start kelas dah. So nak kongsi sikit apa aktiviti utama aku masa cuti ni. Ada dua main actvities aku. First pergi kat hospital dan pergi pameran buku kat Cairo.

Cerita pasal hospital dululah. Actually tujuan utama adalah nak settlekan buku log.Tapi sayang seribu kali sayang hanya dapat penuhkan tiga je part dalam buku log. Dua case kat delivery room dan satu kat out patient clinic. Operation theater(OT) tak dapat nak settlekan. Tapi dapat tengoklah banyak giler cesarean section. Patient kan on stress so doctor tak bagi sangat kita kacau patient. Ok nak cerita lah pasal give birth ni. Dulu selalu fikir nanti kalau tak tahan sangat tak nak la beranak normal.Nak beranak by c sec je. Hhhmmm tak de nya, sama juga, sakit juga.Masa patient dah masuk bilik OT tu doctor akan bagi patient  epidural anesthesia. Masa tu memang tengok patient kesakitan. Lepas tu kadang-kadang kalau patient banyak gerak memang susah nak dapat. So doctor akan cucuk banyak kali dan berapa banyak doctor cucuk sebanyak tu juga lah patient akan rasa sakit. Ada sorang patient ni dia may be tak tahan sakit kot. 3 kali kena cucuk baru dapat. 

Untuk epidural anesthesia ni doctor akan inject phenobarbitone kat spinal cord  space between L3 and L4 or between L4 and L5. Macam mana nak tahu site ni clinically? Macam ni doctor anesth  ajar( nak tambah doctor tu sangat cekap dan handsome you.Cair aku).Ok first-first kita kan cari anterior superior iliac spine (ASIS) dan space yang kita nak inject tu satu level dengan ASIS tu.So try rasa space between 2 bone. Haa kalau dah rasa itula space dia.

lebih kurang macam ni lah epidural anesthesia di lakukan

Lepas epidural injection selesai, patient akan lying down dan anesth akan examine patient punya sensation. Epidural ni patient akan separa sedar.Dia kan akan dibius dari abdomen sampai kaki je. So dia boleh borak-borak dengan orang lain. Tak silap kalau hospital swasta ada yang bagi husband masuk so boleh lah husband bagi kata-kata semangat kat isteri. Lepas tu doctor O&G akan take part. Simple je sebenarnya c sec ni.Kejap je. Yang lama bila nak jahit balik sebab kena pastikan tak da langsung oozing surface(kawasan yang berdarah),kena jahit uterus tu balik (take time juga) dan kena jahit kat luar tu balik. Serius rasa terharu sangat bila baby dah keluar dan nagis. Sedangkan aku yang tak da kaitan dengan baby pun rasa happy apatah lagi si ibu. Kegembiraan mengatasi kesakitan.

nilah apa yang aku tengok.So tak de cara bersalin yang mudah k.Sanyangi ibu kita.

Lepas patient dah selesai kat OT dorang akan di pindahkan ke satu bilik khas sebelum pindah ke ward biasa. Kat situ dorang akan wat trans abdominal block (TAB). Procedure ni dijalankan under ultrasound guided. Kita akan inject analgesic kat recti space(space between internal recti muscle and transverse recti).Masa ni patient tak rasa sakit pun even masa kita cucuk tu coz epidural anestethic masih ada. TAB ni nak bagi patient analgesic around 12-24 hours. 
Ni serba sedikit yang aku belajar masa kat OT.

Sekarang nak cerita plak pasal pameran buku atau kat sini lebih popular dengan gelaran MAARAD KUTUB. Tahun  ni g dengan Perubatan Cawangan Mansurah(PCM). Tahun ni dorang wat on 3 Febuari 2015. Haaa sebab ni jugalah aku decide tak nak g jalan. Actually aku ada je bajet nak bejalan. Tapi aku pilih tidak untuk bejalan sebab aku memilih untuk shopping kat maarad. Buku aku beli lebih dari apa yang aku rancang tapi bajet aku kurang dari yang aku sediakan. Hebat tak?Sebab aku jumpa satu booth yang jual buku terpakai.Oklah kan.Asal dapat baca. Tapi yang aku sedih dan little bit geram adalah kenapalah aku tahu kewujudan booth tu baru tahun ni?Kenapa tak dari tahun lepas lagi?Gerammmmm tak pa tahun depan inshaa Allah ada lagi.Aku akan duduk kat booth tu dari pagi sampai malam.

orang kata pameran buku ni antara yang terbesar di dunia. Aku tak pasti kesahihan dia tapi apa yang aku pasti memang puas kalau kat sana. Dengan syarat buku English dan Arab lah yang anda cari

Ok kita orang gerak dari Mansurah ke maarad kutub tu dalam pukul 8.30 pagi. Sampai sana dalam pukul 12.30 tengah hari. Sampai je semua cari tandas. Faham-faham jelah.Then solat dan makan bekal sikit.Kena bawa bekal sebab makanan kat sana mahal giler dan ramai giler orang. Nak menunggu tu sempat pengsan sebab hypoglycemia sangat. Kita orang ada lebih kurang 4 jam pusing-pusing. Aku spend time kat khemah buku medik dalm 2 jam lah. Lepas tu keluar g khemah buku terpakai.Aku serius nak gila kat booth buku terpakai tu. Rasa nak ambil jak semua buku. Tapi kena beringat jugalah. Kang tak de tambang aku balik Mansurah kang nanti. Tapi aku serius macam tak nak keluar. Sampai kawan aku yang jalan sekali dengan aku banyak kali suruh aku berhenti.Katanya dia tak tahan da penat ikut aku. Sorry guys. Aku memang macam ni kalau tengok buku murah.Lepas tu masuk plak booth darul salam.Booth ni menjual buku-buku yang majoriti penulisnya adalah ulama kat Arab Saudi. Tapi memandangkan aku ni tak reti arab aku beli yang dah di terjemah ke English je lah. Tahun ni sikit je buku yang dah di terjenamah.Sedihhhh.Tula sapa suruh tak belajar bahsa arab.ok lah nak kongsi sikit buku-buku yang aku beli dan page dia.

saja nak tahu lebih mendalam tentang poligami. Ni beli kat booth darul salam.
page=112

dari dulu aku memang kagum denga strategi perang cina dan aku percaya salah satu sebab cina hebat dalam perniagaan sebab mereka mengaplikasikan sttrategi perang dalam perniagaan.
page=170

suggested by kawan aku kat Malaysia, Anis.Dia pelajar medik kat UIA
page=599

dah lama aku cari buku ni. Dulu pernah ikut kelas agama.Ustaz tu guna buku ni tapi versi melayu lah tak pa kalau tak faham google translater kan ada.
page=421

ni penting time HO.Aku tengok most of HO ada oxford handbook ni kat poket dorang masa HO
page=776

aku fikir before ku start kerja aku mesti khatam buku ni sebab ramai orang kata jadi HO susah so aku nak jadikan kesusahan masa HO tu sesuatu yang aku enjoy
page=210

ni pun sama suggested by Anis kawana ku kat Malaysia.Buku yang paling mahal aku beli.
page=638

satu lagi oxford handbook.Aku cadang nak kumpul oxford handbook ni.
page=798

yang ni plak tak da sapa-sapa suggest tapi aku tengok ramai sangat orang beli so aku pun tertarik nak tahu yang best sangat dengan buku ni
page=318

the main reason aku beli sebab aku minta gila author ni.Tapi aku tak tahulah detail pasal dia.Aku tahu buku-buku di je.Setakat ni aku dah ada 3 buku tulisan dia
page=237

sama juga suggested by kawan kat Malaysia.Tapi memang ten teacher ni sangat popular lah
page obstetric=308
page gynecology=197

satu lagi buku tulisan steve harvey
page=226
*page tidak termasuk index k*

Lagi best dating dengan buku dari dating dengan orang.