Monday, December 1, 2014

BERKAT TAK HIDUP KITA?



SALAM semuaaaa
Hari ni nak jadi pentazkirah sekejap.Sebelum tu nak ingatkan aku nak bagi tazkirah bukanlah bermakna aku ni perfect or tak buat dosa.Aku juga manusia.Dalam dunia hanya nabi je yang maksum k.Aku ni manusia biasa so confirm-comfirm aku wat dosa dalam seharian aku.CONFIRM!!!!!.

Tadi pergi kelas agama.Haaa ni yang bestnya study kat Egypt ni.Ramai ustaz-ustaz yang nak kongsi ilmu dorang kat kita secara PERCUMA.Mana mau cari oooo.Kat Egypt ni sama je dengan mata wang dia.Kat depan ada tanda piramid dan sebelah pulak ada masjid.So pilihlah nak yang mana satu.Kalau nak jadi baik senang sangat kat Egypt ni.Pergi lah mana-mana kelas agama yang di anjurkan.Tak nak ustaz melayu or indon g ustaz arab.Ramai je.FREE OF CHARGE ok.Kalau nak jadi biasa-biasa senang je.Tak payah hiraukan semua peluang yang datang depan mata kita untuk jadi manusia yang lebih baik.Biarkan semua berlalu macam tu je. Macam angin.Tambah-tambah tak de parent nak bebel.Pandai-pandailah bawa diri.


Pilihlah nak jadi firaun yang mengaku dirnya tuhan atau ulama yang menjadi tetamu di rumah Allah.
PILIHAN DI TANGAN ANDA
(hopefully tak de yang marah k.kita sama je.aku cakap macam ni sebab inilah pendekatan yang aku diberikan oleh senior-senior yang sambut aku masa awal-awal sampai Egypt dan aku pegang sampai sekarang)

Oklah berbalik pada kelas agama tadi.Sekarang ni kita orang tengah usaha habiskan kitab BIDAYATUL HIDAYAH(Permulaan Jalan Hidayah) karangan AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI dan telah di terjemahkan oleh ABU ALI AL BANJARI AN NADWI(atau nama lain beliau adalah Ahamad Fahmi Zamzam). Hari ni alhamdulillah dapat habiskan adab-adab masuk ke tandas.Ok banyaklah ilmu yang ustaz tadi sampaikan.Banyak sangat kalau nak tulis kat sini semua.Apa yang dapat aku simpulkan antara adab-adab kita nak masuk dan semasa berada dalam tandas adalah seperti berikut:


  • masuk  guna kaki kiri dan mulakan dengan bacaan doa masuk tandas
  • kalau nak buang hajat tu kena pakai something untuk tutup kepala dan berkasut atau berselipar
  • jangan berhajat menghadap kiblat,matahari atau bulan dan jangan pulak membelakanginya
  • jaga aurat kita sebaik mungkin
  • sebaiknya jangan membuang hajat pada air yang bertakung,di dalam lubang dan di bawah pokok yang berbuah(tapi tulah benda ni susah nak elak sebab sekarang semua tandas ada air yang bertakung)
  • jangan membawa masuk sesuatu yang terdapat nama Allah dan Rasulullah ke dalam tandas.
  • akhir sekali keluar tandas guna kaki kanan dan baca doa keluar tandas macam yang kat atas tu.
Tu jela secara kasarnya.Nak tahu lebih lanjut kena baca kitab dia or hadir majlis agama. Hhhmm aku paling tertarik dengan persoalan yang dibawa oleh ustaz tu.Dia kata macam ni"Kenapa kita kena belajar semua adab-adab ni?Orang kafir tak belajar dan applikasikan adab ni ok je pun."Haaa kat situlah bezanya islam dan bukan islam.Islam ni penuh dengan adab.Kenapa kena belajar adab?Sebab......

KITA SENTIASA INGAT KAT ALLAH.

Yelah cuba kita fikir kalau kita tak  baca doa masa masuk tandas. Ada kita nak ingat Allah?Dalam tandas plak tu memang tak lah.Ini kalau aku lah.Korangkan warak-warak semua.setiap saat ingat Allah.Really inspired me.Lepas tu dengan mengingati Allah sentiasa ni dalam apa jua yang kita lakukan dalam sehari-hari menyebabkan hidup kita berkat.Masa kita berkat. Haaa cakap pasal berkat ni aku nak share sikit. Jum kita muhasabah diri sama-sama.

Kenapa orang dulu boleh tulis kitab dorang dalam masa sehari?Kenapa orang dulu macam banyak je masa dorang?Sedangkan dari dulu masa memang 24 jam.Walaupun kita ada perubahan panjang dan pendek waktu siang dan malam tapi secara totalnya tetap 24 jam.KENAPA?????Sebabbbbbbb MASA ORANG DULU-DULU BERKAT.Kita ni sekarang banyak benda dah tak berkat.Orang dulu-dulu kalau buat semua benda berkat.Pakai baju berkat,ambil wuduk berkat,belajar berkat, pendek kata semua bendalah berkat.Sebab tu doa mereka makbul.Minta je islam menang terus Allah kirimkan malaikat bantu di medan perang.KITA?????????? Ya Allah banyak sangat dah tak berkat.Tengok k antara benda yang dalam sehari-hari kita tanpa kita sedari dah hilang berkat dia:
  • Kita ambil wuduk tapi kita membazir.Macam mana nak berkat.Sebab tu lepas ambil wuduk pun still ada rasa malas nak beribadah.
  • Kita belajar agama tapi keluar je dari kelas agama terus buat benda-benda lagha.Banyak sangat duniawi.Macam mana nak berkat.Macam mana nak lekat ilmu tu sampai kita boleh guna untuk bela islam bila islam di hina.
  • Kita ada banyak baju sampai tahap bermewah-mewah tapi baju yang sama jugalah kita guna tidur,masuk tandas,jumpa Allah.Liat sangat nak melawa bila nak jumpa Allah.Macam mana nak berkat?Macam mana nak ada rasa indahnya berjumpa dengan Allah.
  • Kita kata nak guna phone dan teknologi sebab nak mudahkan kehidupan.Tapi lepas je bagi salam lepas solat terus cek mesej wasep.Tak delah nak duduk kejap wirid mengingati Allah. Macam mana nak berkat?Macam mana nak ada rasa indahnya zikir tu jika dibandingkan dengan lagu-lagu duniawi.
Macam-macam lagilah dalam kehidupan kita ni tanpa kita sedari dah hilang keberkatan dia.So jangan salahkan Allah bila doa kita lambat di makbulkan.Ulama-ulama dan para imam serta tak kurang juga para sahabat dan para tabi'in sangat berkat hidup mereka.Setiap nikmat yang Allah kurniakan digunakan dengan sebaik yang mungkin.KITA?TEPUK DADA TANYA IMAN.

Actually kalau di ikutkan aku tak layak pun nak bebel kat sini.Sepatutnya kena bebel diri sendiri dulu tapi tak pela kita sama-sama baiki diri k.Yelah mungkin ada di kalangan hamba Allah di luar sana yang nak join kelas-kelas agama macam aku tapi tak de masa(Haa ni pun satu. Kenapa kita tak pernah rasa masa cukup?Sebab tak berkat.Samalah dengan aku).So aku share lah sikit-sikit apa yang dapat.Oklah ni jelah for today.Jum layan kitab yang kami sedang usaha nak habiskan sekarang dan gambar ustaz yang sangatlah aku hormat.Setiap kali g kelas dia rasa sangat diri ini kotor dengan dosa.Oklah layannnnn


Nila kitab yang kami pelajari.Semoga menjadi saksi di akhirat kelak


Jum belajar.Aku pun baru nak start belajar ni


Nila dia ustaz tu.USTAZ JAMILUDDIN MURAT.Lepasan Yaman.Hhmmm banyak pengalaman dan ilmu dia ni 

LASTLY JUM PERBAIKI DIRI KITA K.
Semoga usaha kita tu jadi bukti di padang mahsyar yang kita dah berusaha menjadi hamba Allah yang bertakwa.Aminnnn

No comments:

Post a Comment