Sunday, November 30, 2014

Perjalanan Hidup JERAWAT Ku


Akulah SITI MARIAM BINTI TAHIR antara penghidap penyakit jerawat. Yes pimple or acne is one of the dermatological problem yang sangatlah common especially untuk remaja macam aku ni (Remaja kah?Tak dalah remaja sangat.Aku dah dewasa kot-ketawa besar kakak aku bila aku kata aku dah besar.For them I'm still kanak-kanak).Hari ni rasa nak cerita lah sikit macam mana aku boleh start dapat jerawat dan apa usaha yang aku dah buat selama hampir 9 TAHUN dah ni.

Ok actually dulu MUKA AKU MULUS K.FREE FROM ANY ACNE.Tapi itu dululah. Then bila dah masuk asrama mandi dengan kawan-kawan mula lah tertarik dengan pencuci muka kawan-kawan yang pelbagai rupa.Masa nak masuk asrama kakak aku dah pesan jaga muka.Jangan nak memandai-mandai tukar pencuci muka.Yelah dulu muka aku bersih kot sampai kakak aku jealous tengok muka aku yang mulus.Serius tak tipu. Tapi aku dengan BODOHNYA ikut kawan outing pergi beli pencuci muka clean and clear. Nak clear sangat kan haaaa ambik ko sampai sekarang muka ko tak boleh clear.Menyesal sangat bila fkir balik sebab dulu pakai pencuci muka fair and lovely je.Murah dan memang menjaga muka aku dari jerawat. Sekarang sebulan maintanance muka dah cecah puluhan ringgit.Tapi ada hikmah.Kalau aku tak de jerawat mesti aku takkan tahu kewujudan semua ubat yang bakal aku cerita kat sini.

Ok first-first masa dapat jerawat tak kisah pun.Serius tak kisah.Bagi aku lantak la ada orang yang lagi teruk muka dia ok je hidup dia.Bahagia je.Tak mati pun ada jerawat.Tapi sampailah satu tahap aku rasa tak selesa sebab banyak sangat jerawat dan jerawat batu plak tu.Orang kata nodular acne dah.Kalau ikutkan kena wat intralesional injection dah.Tapi masa tu mana lah aku reti semua benda tu.Korang tahu jerawat aku sampai ke tahap telekung aku tak pernah bebas dari darah jerawat.Asyik kena darah jerawat je.Aku fed up.Jumpa ustazah minta pendapat.Kena ke cuci telekung setiap hari?Lecehnyaaaaa.Dah la duduk asrama.Bukannya cuci guna mesin basuh.So ustazah kata aku dah masuk kategori DARURAT,DARURAT YOU ALL.Tuhan jelah tahu betapa teruknya muka aku time tu.Tapi yang aku bersyukur aku di kurniakan Allah satu perasaan tak rendah diri pun dengan muka aku yang teruk tu macam kawan-kawan aku yang lain.For me physical is not the something that show who you are but your attitude will show who you are.

So balik bermalam mengadu kat mak.Mak pun cadangkan lah macam-macam.Kakak aku pun sama.Macam-macam jenis ubat dorang suruh aku pakai.First ubat tu aku tak ingat sangat nama dia.Dia cream khas untuk jerawat.Tapi apa aku yang paling ingat adalah harga dia.RM 25.Mahalnyaaa.Yes mahal bagi aku yang masih  bergelar student.Nak dekat 4 tahun juga la aku pakai.Sampai satu hari mak aku kata stoplah.Macam tak de perubahan je.Tukar pegi ubat lain

Second ubat aku try adalah cream anti pimple jenama clean and clear.Aku pun pelik macam mana aku boleh guna brand ni lagi sedangkan brand nila yang mula-mula naikkan jerawat aku.Tapi tak lama, adalah dalam beberapa bulan.Still tak da perubahan.Serius masa tu fed up gila.Rasa nak biar je.

Bila masuk UIA kena satu bilik dengan kawan yang dalam usaha  nak hilangkan jerawat juga.Tengok dia pakai OXY.Dia kata kena pakai 5% dulu sebab kalau 10% takut kuat sangat.Masa tu tak percaya sangat dengan OXY ni sampailah satu hari teman kawan jalan-jalan.Jumpa promosi OXY.Murah gila.Dia one set.Orang tu kata memang kalau nak oxy tu berkesan kena pakai satu set baru berkesan.Then pakai.So third product aku adalah OXY.Pakai lah salam 3 tahun macam tu.

Bila sambung study kat Egypt manalah ada OXY kat sini.So before stock OXY nak habis kena cari pengganti.Tetiba masa stock OXY nak habis jerawat naik gila sampai satu tahap aku rasa sakit gila muka aku.Then  mengadu kat kakak.Dia kata  g cari DALACIN T.So fourth product aku DALACIN T.Yes memang berkesan gila.So amazing.Pakai dua malam dah hilang without any scar.Punya happy.Ingatkan dah jumpa la penawar yang aku cari selama ini.Hhhmm tak juga.Bila habis satu botol nak beli baru dah tak de.Seluruh Egypt aku cari.Last-last aku dapat tahu ubat tu dah removed from market due to side effect.Aku pun tak tahu apalah side effect dia.Tapi lojik juga la.Yelah dia kira kuatlah sebab satu-satunya yang mampu menentang jerawat aku dengan pantas. Tapi ingat guys drug yang kuat effect dia ni side effect dai pun jangan main-main.

So next carilah product lain.Pergi pharmacy minta suggestion.Dia suggest CLNDAMYCIN.So fifth product aku
CLINDAMYCIN.Boleh la clindamycin ni.Tapi tak delah bagus sangat.Pakai dalam lima botol macam tu dah tak nampak kesan dia.So berhenti.Cari lagi product lain.

Then satu pharmacist ni suggest erythromcin.Antibiotic k.Nak tahu lebih lanjut g search sendiri.Ok aku boleh cakap erythromycin ni paling berkesan selepas DALACIN T.So ERYTHROMYCIN is my sixth product.Hhhmm ramai juga la orang tegur muka dah ok.Hhmmm bukan ok sebenarnya tapi dah tua dah.Hormone dah stabil.So jerawat dah kurang.Tapi erythromycin ni aku boleh cakap berkesan sampai kakak aku minta kirim balik Malaysia.Berkesan sangat kalau untuk dia.

So total semua aku da pernah cuba enam jenis ubat.Hhhmm tengok bersungguh-sungguh tak aku.Actually aku tak kisah pun.Sebab aku tahu one day bila aku dah tua hilang lah tu.Sebab aku ni due to genetik.Ingat genetik memainkan peranan k.This is medical fact.Tapi tula bila ingat balik apa yang kakak aku pernah cakap aku rasa bersalah nak biarrrrrr je dia macam tu.Kakak aku cakap macam ni."Muka kita ni pinjaman dari Allah tau.Dia bagi kita cantikkkkkk je takkan kita nak pulangkan dalam keadaan yang penuh dengan jerawat batu?Cuba  kalau ko bagi pinjam orang barang.Masa ko bagi cantik je.Bila dia pulangkan buruk nak mampus.Apa perasaan ko?Suka?Macam tu juga Allah.Orang dah bagi pinjam cantik-catik tu jagalah" Hhhmm ambik sebijik kena kat muka aku.So start dari situ aku serius bab jaga kecantikan muka.Cantik di sini mean kekalkan kehalusan dan kebersihan ye.Bukannya make up ke,cukur kening ke or apa-apalah yang mengubah ciptaan Allah.Bagi aku apa yang Allah bagi kat aku ni dah sangat cantik dah.Kan Allah tu cantik dan sukakan kecantikan.So bagi aku apa jua ciptaan Allah adalah cantik.

Tapi tulah selama aku berusaha hilangkan jerawat ni satu la aku dapat konklusikan ubat yang paling berkesan nak atasi jerawat adalah JAGA KEBERSIHAN MUKA dan RAJIN. Dua benda nilah dulu aku paling malas nak wat.Macam mana yang di maksudkan jaga kebersihan muka dan rajin?Lain kali aku cerita.Oklah jum layan gambar product jerawat  aku yang latest.I mean yang aku guna masa sekarang ni la.

Nilah ERYTHROMYCIN yang aku cakap.Dia berbentuk solution.Lepas cuci muka sapu pada tempat yang ada jerawat.Berapa kali sehari tu ikut korang lah.Ini beli kat Egypt.Kalau tempat lain cari lah something yang main contain dia adalah erythromycin.Sama je tu
Ni plak pencuci muka.Aku  kalau pencuci muka ni sangatlah sensitif.Salah pilih memang naik jerawat.So aku bawa stok dari Malaysia.Sekali balik memang borong sampai 10 la.Bila beli kat kedai for sure orang padang-pandang aku sebab beli banyak sangat sampai pernah ada orang ingat aku nak jual balik.Memang tak lah.Aku bukannya suka bisnes.



Fokus part mak dia suruh dia pakai macam-macam produk untuk jerawat.Macam tu lah family aku.Aku bukan mak aku je dengan kakak-kakak aku sekali take part.

AND LASTLY ALL THESE THING STOP BECAUSE HORMONE IS STABLE ALREADY.
thanks mom for your effort to ensure my face is clean as possible

No comments:

Post a Comment