Thursday, November 27, 2014

Hospital Tawau (First Day)

Kawan: Asal mana?
Aku:     Sabah.
Kawan: Sabah kat mana ?
Aku:      Tawau.
Kawan: Oooo so nanti nak buat HO kat hospital Sabah lah?
Aku:      Mestilah.Lagi best kalau dapat kat hospital Tawau.



Itulah tempat kerja idaman aku.Bukan saja hospital tu terletak di tanah kelahiran aku, tapi aku dah ada pengalaman kat situ.Bukan pengalaman kerja kat sana tapi pengalaman sebagai pelawat dan sebagai student.Haaaaaaaa kalau korang ingat lagi post aku pasal buat attachment dekat Hospital Tawau tu.(kalau nak tahu bolehlah pegi post ni).So kali ni aku nak cerita a little bit detaillah pasal posting aku kat sana.


HOSPITAL BESAR TAWAU SABAH

Ok, aku start posting kat sana 11 September 2012.Masa dapat surat kelulusan tu punya happy dan excited.Hanya Allah je yang tahu.So hari pertama tu dapat tahu, before daftar diri dengan ketua department which is ACCIDENT AND EMERGENCY DEPARTMENT (A&E)  kena pergi office dulu nak ambil surat dan jumpa dengan Pengarah Hospital.Kebetulan pulak masa tu Pengarah cuti.So kena shift dengan Timbalan Pengarah yang pada masa tu ada dalam meeting.So jawapannya kenalah tunggu Timbalan Pengarah tu habis meeting.Semua tempat dalan office tu dan semua bahan aku dah baca to fill my time waiting for Timbalan Pengarah Hospital.Dalam tunggu punya tunggu tu it seem I know the boy sit kat depan dewan tu.Lahhhhhhh SHAMIR DARMANSHAH rupanya.Senior aku kat Mesir tapi dia kat Universiti Ain Sham lah.Kiranya senior aku as a medical student kat Egypt.Dia pun ambil A&E.So aku ada teman.


Yang ni Universiti aku, UNIVERSITI MANSURAH


Yang ni Universiti Shamir tu UNIVERSITI AIN SHAMS

Habis je Timbalan Pengarah meeting beliau terus give some taklimat kat kami.Dia bagi tahulah apa yang boleh dan tak boleh kalau nak posting kat situ.Lepas tu kami pun dibawa berjumpa dengan Ketua Department.Dr Nor Hanan.Orang Kelantan.(aku ni kan kat mana-mana aku berada orang Kelantan mesti ada).So dia pun minta one of HO yang ada kat situ buat simple round dekat A&E tu.Dr Zaimi pun bawalah kami round dari tempat triage sampailah ke bilik minor OT(tapi sayang tak berpeluang masuk bilik minor OT).

Staff of A&E in grey

Lepas habis round, doktor suruh pandai-pandai bawa diri (nak jadi doktor memang kena pandai bawa diri).So aku pun pergilah kat red zone.Tetiba kena  tegur oleh MO,Dr Ainey "why you are not wearing your lab coat?".Hanya mampu tersenyum.First day tak tahu apa-apa lagi.Main masuk je.Anggap hospital tu bapak aku yang punya.Suddenly dengar MA nak pergi Klinik Balung.Nak buat intubation.MO offer me to join the team.What????Tak terfikir pun nak join masuk ambulance.Dahlah baru first day.Takkan dah nak masuk ambulance.Balung pulak tu.Kalau kenderaan biasa dan tak sesak take time dalam 1 jam juga nak sampai dari Hospital Tawau.Tanpa berfikir panjang I take that opportunity.Masa nak pergi ambil phone dalam beg seorang doktor menyapa "awak boleh join ambulance tapi awak tahu sendiri kan macam mana ambulance tu (aku faham je maksud doktor tu kelajuan ambulance yang memang boleh bawa maut) so segala risiko awak tanggung sendiri".Tanpa berfikir dua kali aku terus say "YES IT'S MY OWN RESPONSIBILITY".Apa lagi meluru masuk lah aku dalam ambulance.


Never dreaming being a part of them.

As a student, aku ingat aku akan duduk belakang tapi ahli team suruh aku duduk kat depan.Peeeerrrggghhh aku kalau boleh tak nak duduk depan sebab kalau duduk depan ni nampak sangat tahap kelajuan kereta.Lagi-lagi aku tak boleh bila ambulance tu even dekat macam mana pun dengan kereta kat depan dia still bawa dalam 180-200km/hour.Aku rasa macam ambulance tu nak langgar je kereta-kereta yang kat depan tu.Dah lah masa driver tu bawa laju nak mampus dorang dengan selamba je borak pasal kemalangan kat jalan yang kami tengah lalui tu.Punya dasyat tragedi kemalangan tu aku dengar dari dorang dan punca utama LAJU.Wwaagggghhhh dah lah time tu driver tu bawa ambulance bapak laju.Cerita dorang tu buat aku betul-betul cuak.Memang mengucap lah aku panjang-panjang.


Aku rasa macam jalan raya tu milik kami seorang je.

Tak sampai 30 minit kami dah sampai kat Klinik Balung tu.Biasanya macam aku cakap tadi ambil masa dalam 1 jam juga baru boleh sampai.Best giler.Bila traffic jam semua kereta bagi laluan.Peeerrggghhh seronok giler.Masa kami sampai tu rupa-rupanya HO kat situ dah lebih kurang 3 jam dalam usaha nak intubate patient tapi tak berjaya sebab tak de tube yang sesuai.Patient tu menghidap TB.(nanti ada masa aku cerita bahaya tak bahayanya penyakit TB ni).Tengah-tengah MA intubate patient tu HO yang kat klinik tu tanya"awak ke HO?"Dengan muka malu-malu aku pun menidakkan.Wow aku ni ada muka HO rupanya.Aminnnnnnn.Akhirnya tak sampai 10 minit patient tu dah berjaya di intubate.So sekarag proses nak bawa patient tu balik ke Hospital Tawau.Sama macam masa pergi tadi.Rasa seram sejuk je aku dalam ambulance tu.Laju nak mampus.


Basically this is how we intubate patient.

Sampai di Hospital Tawau aku pun serahkanlah history report pada MO.Then seorang MA dengan penuh ceria menyatakan aku ni adalah HO yang join team dorang.Hhehehehe semua orang gelak.Hhhmm rasa malu pun ada tapi tak kisah sangat malah rasa seronok sebab even aku baru beberapa jam kat situ dorang dah boleh bawa aku bergurau.Dorang memang semua ramah,supportive dan sporting.


Amboiiii bukan main lagi dorang gelakkan aku.

Tepat pukul 3 petang pertukaran shift.So aku kena berjumpa dengan HO dan MO dan semua staff yang baru.Aku pun di perkenalkan dengan MO yang baru yang akan manage aku.Doctor Alice.Dia doktor cina,so kami pun berkenalanlah secara ringkas.Dia kata dia takkan bagi aku buat apa-apa procedure dulu untuk minggu pertama.Sedihhhhhhhhhhhh.Tapi untuk minggu kedua dan ketiga mungkin aku akan di beri peluang dan memang betul,aku start buat macam-macam procedure dalam minggu kedua.Aku ada kenangan manis dengan doktor ni.Kenangan kena marah.Doktor tu tanya aku macam-macam soalan yang semestinya aku tak tahu.Yalah, dahlah hari first.Tak masuk tahun klinikal lagi.Memang zero lah.So dia pun membebellah kat aku.Paling aku ingat dia marah sangat bila aku tak dapat jawab pasal ACUTE CORONARY SYNDROME (ACS).Macam nak menitik je air mata aku masa dia membebel tu.So dia pun bagi lah aku homework untuk tahu pasal syndrome tu dan apa-apa yang basic dekat A&E tu.


Sikit je lagi air mata aku nak menitik.

So aku pun balik rumah dengan penuh rasa penat dan sedih sebab kena bebel.Bila balik rumah search punya search rupa-rupanya ACS tu aku dah belajar.Cuma istilah yang dorang guna tu tak sama dengan yang kami guna kat Egypt.Kat Egypt aku belajar angina pectoris dan myocardial infarction.Rupa-rupanya itulah yang dorang maksudkan ACS tu.Kalau aku tahu mesti aku boleh jawab punya (walaupun banyak dah fakta aku dah lupa.Balasan kalau belajar sebab nak exam)


Early presentation of ACS

Hhhmm itu jelah pengalaman aku untuk first day.Sebenarnya ada banyak lagi experience yang nak share macam set branula, ambil darah, toilet and suture(jahit luka), dressing (cuci luka) dan macam-macam lagilah.Tapi pengalaman ni hanya sesuai untuk tatapan para studemt je.Kalau yang dah bergelar doktor tu tak hairan pun dengan pengalaman aku ni.Tapi tu nanti-nantilah aku cerita.Inshaa Allah ada rezeki kita borak pulak pengalaman untuk hari seterusnya.Bye bye hopefully you enjoy this story.


Hopefully sangat dapat jadi DOKTOR MUSLIMAH yang berjaya dan hebat untuk ISLAM.Pray for me.

No comments:

Post a Comment