Friday, November 28, 2014

Aku nak BIHUN GORENG bukan SUUN GORENG

Today was 28 November 2014. Hhmmm hari ni bangun lambat lagi. Tapi ok sikitlah. Tak de la lambat bebenor macam semalam. Tak pe positive thinking. Everyday be much more better k cik yam oiii.

Dah la bangun lambat bangun-bangun je terus pikir nak makan. Hhmm nak makan apa eh? Roti dah habis  semalam sebab nak habiskan yang da berkulat tu.Aku pun tak tahu la kenapa la roti tu cepat sangat berkulat. Baru je kot beli semalam. So pikir punya pikir I decided to make some bihun goreng. For Malaysian I'm sure u know very well what is call BIHUN GORENG. So aku pun dengan penuh semangat pergila cari bihun goreng kat kabinet. Yyeayyy jumpa satu plastik da terbuka. Mungkin housemate aq kot yang buka semalam. So guna tu jelah. So sambil-sambil rendam tu g la cuci muka, solat duha ckit minta kat Allah tambah kan kerajinan dalam diri ni. Rspecially rajin study. Minta je tapi tak berusaha tak guna juga cik yam oiii.

So dah siap solat dan siap kemas katil aq pun dengan semangatnya pergilah masak bihun goreng. Tengah masak air plak tak de. Letrik ada tapi air yang x de. Ish Egypt ni. Tahu la hari ni korang nak wat rusuhan tapi janganlah babitkan air atau pun kami yang tak bersalah ini. tak pe pergi cari air dalam botol. Walaupun susah macam mana nak juga masak. Kalau bab makan sangat aku aplikasikan peribahasa "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".Kan bagus kalau bab study pun aku pegang peribahasa ni. 

Dengan ada sikit rasa diri ni seperti Chef Wan (perasan lebih-lebih la plak) aku pun dengan penuh senyuman menggoreng bihun aku. tapi pelik apasal makin aku goreng bihun ni makin liat. Then I start to think and talk to myself "jap ni bihun ke suun?Mampus.Dah la ni suun housemte aku." Aku pun reda je la.Asal boleh makan sudah.

Habis masak g wasep kat osmet suruh makan tapi bukan bihun goreng la tapi SUUN GORENG. Sedih hati ini. Hhmm ni nak kahwin? kang laki suruh masak bihun goreng ko g masak suun goreng. Memang kena cerailah. Orang zaman sekarang ni bahaya sikit.Tambah-tambah yang tak tahu agama.Dia ingat cerai tu benda suka-suka. Salah sikit pun dah nak cerai. Isteri pasang lampu kena cerai. Isteri  tak masak sahur kena cerai. Aq ni walaupun tak kahwin lagi tapi aku tahu yang CERAI ADALAH BENDA HALAL YAN PALING DI BENCI ALLAH tau. Ish geram tengok lelaki yang cerai sebab alasan yang tak munasabah. JangaKAN munasabah, munasarawak pun tidak ok. GERAMMMM

Okla berbalik pada suun goreng aku tu aku pun makan jelah. Even nafsu aku nak makan bihun goreng tak lepas tapi at least aku ada makanan. Bukan macam orang yang kat tempat kekurangan makanan. Bersyukur masih di beri nikmat boleh makan dan ada makanan.Ada orang ada makanan tapi tak boleh makan macam orang yang tengah sakit. Boleh minum susu je. Ada plak orang boleh makan tapi tak de makanan macam orang kat Somalia. BERSYUKUR CIK YAM OIII.

Tapi tak pe Allah still love me.Dia tak penuhkan hasrat aku nak makan bihun goreng tapi dia penuhkan hasrat kau nak cari BUKU CATATAN MAT LUTFI. Kakak aku kata nanti lepas dia balik dari kursus kat Kundansang dia try cari kan kat pesta buku kat KK.Hopefully rezeki aku lah nak dapatkan buku tu. Bukan apa buku tu very famous you know. So takutla kalau lambat mesti habis stok. Sapa yang ada rezeki tu g la cari buku tu. Ada ka sapa2 tak kenal Mat LutfiKkalau ada mean awak memang seorang yang bukan layan FB dan YOU TUBE. Tahniah anda lah orang yang saya cari di zamaN moden ni tidak terpedaya dengan FB dan YOU TUBE.

OKla dah azan. Jum solat Zohor.Hari  ni Jumaat amalkan surah Kahfi k.Banyak kelebihan dia. Aku tak reti sangat nak cerita satu-satu kelebihan dia tapi aku yakin tak kan rugi punnya kalau kita baca surah ni. Inshaa Allah jadi pendinding untuk kita dari fitnah dajjal dan hari kita akan di rahmati sehingga next Jumaat inshaa Allah.yang penting baca kerana Allah.



haaa ni baru bihun goreng



Tengok macam tak de bezakan between bihun and suun goreng. That's why I made that mistake


Haaa ni la dia mat lutfi. Aku pilih video ni sebab sangat lucu. Banyak lagi video dia.Korang search la sendiri


Ni buku dia.Hopefully tertulis la di luh mahfz buku ni jadi milik aku

esok kita story lagi k.....

No comments:

Post a Comment